Friday 23 March 2012

Keburukan Makanan Segera : Mi Segera




FAKTA tentang makanan favourite korang ! ^_^


Sebanyak 136 bahan penambah (kebanyakkan bahan kimia) dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat dalam mi segera.


Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut MajlisPengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlahlemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada hadpengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010. 


Bahan-bahan yang terdapat dalam mi segera:

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesansampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci),bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas,penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untukpembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsidalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambilboleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakandalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat danlicin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.Pewarna tiruan(contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepadahiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbangkepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkinmenjadi penyebab kanser.

No comments:

Post a Comment