Tuesday 27 March 2012

Saya mahu diet !


Adakah anda tahu apakah maksud diet sebenar?
Bagi anda adakan diet itu tak makan nasi? Tak makan benda yg manis? Tak makan benda yang mempunyai lemak?
Tapi anda haruslah ingat bahawa diet mesti harus dan wajib seimbang!
Tapi masalahnya sekarang, apakah diet seimbang.
THE TALKING NEKO akan memberitahu anda apa maksudnya.


MAKSUD DIET SEIMBANG 



Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Tubuh yang tidak menerima nutrien yang mencukupi dan seimbang akan menghadapi masalah penyakit.



PRINSIP ASAS DIET SEIMBANG

  • Tiada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Contohnya, beras membekalkan karbohidrat, manakala ikan kaya dengan protein.
  • Piramid makanan merupakan panduan yang berjaya membantu kita merancang makanan harian yang seimbang



TABIAT PEMAKANAN YANG SIHAT
  • Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, seing mempelbagai makanan yang dimakan, dan tidak memilih makan yang digemari sahaja.
  • Makan mengikut waktu bukan kerap makan atau biarkan perut terlalu kosong
  • Displin diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal
  • Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya
  • Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air
  • Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam , terlalu berlemak dan berminyak

OK? TAK OK?
Sekrang ni, THETALKINGNEKO nak tunjuk sesuatu kat pembaca semua.
TADA~ Tokoh lelaki yang disanjungi dan disayangi iaitu Rasulullah S.A.W.





Okeh ! Selepas itu, ada satu kejutan untuk anda.
Khas untuk kaum hawa, hehe ..
ready? 
JOM CHECK BMI KORANG !
mcm mana nak check yer?



Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) bahagi Ketinggian (m) kali Ketinggian (m) 


SO cmne ? ok?
bagus! tahniah ! :D
maintain kan yer !



p/s: klw tak nmpk gmbr tu, click je kat gmbr tuw ! ^_<
sumber: merata2
             



1 comment:

  1. saya pun tgh diet skrang ni...thnx pasal info ni...hehehe..:) i follow u,u follow me http://yamarisaikhu.blogspot.com/

    ReplyDelete